Apabila anda mendapat profit atau keuntungan daripada dagangan di HF Markets (HFM), langkah seterusnya pastinya adalah untuk mengeluarkan dana tersebut ke akaun bank anda. Proses pengeluaran ini penting bagi memastikan anda dapat menikmati hasil dagangan anda dengan lancar dan selamat.
Artikel ini akan memberikan panduan lengkap tentang cara membuat pengeluaran dari akaun dagangan HFM anda ke akaun bank di Malaysia, termasuk langkah-langkah, masa pemprosesan, serta kos yang terlibat.
Cara-Cara Mengeluarkan Duit Dari Akaun Trading Anda
1. Log Masuk ke Akaun Dagangan HFM Anda
Langkah pertama untuk mengeluarkan duit dari akaun dagangan anda ialah dengan login ke akaun HFM anda. Untuk login:
- Pergi ke laman web rasmi HF Markets Malaysia, atau klik di sini untuk terus ke halaman HF Markets.
- Klik pada butang “Login” di bahagian atas kanan laman web.
- Masukkan akaun ID dan kata laluan.
2. Pergi ke Bahagian ‘Pengeluaran’
Setelah anda berjaya log masuk, anda akan dibawa ke papan pemuka akaun dagangan anda. Di sini, cari dan klik pada tab ‘Pengeluaran’. Ini akan membawa anda ke halaman di mana anda boleh memulakan proses pengeluaran.
3. Pilih Kaedah Pengeluaran
HF Markets menawarkan beberapa kaedah pengeluaran, tetapi untuk pengeluaran ke akaun bank di Malaysia, pilih pilihan ‘Pemindahan Bank’. Sebelum meneruskan, pastikan bahawa akaun bank yang anda ingin gunakan telah didaftarkan dan disahkan dalam akaun HFM anda.
Nota: Pastikan nama pada akaun bank anda sama dengan nama yang digunakan semasa mendaftar akaun dagangan di HFM. Ini adalah penting untuk memastikan pengeluaran berjaya dan mematuhi peraturan KYC (Know Your Customer).
4. Masukkan Jumlah Pengeluaran
Seterusnya, masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan. Pastikan jumlah tersebut mematuhi syarat pengeluaran minimum yang ditetapkan oleh HFM dan periksa baki akaun anda untuk memastikan anda mempunyai dana yang mencukupi.
5. Semak Kos Pengeluaran
HF Markets tidak mengenakan sebarang caj pengeluaran tambahan, tetapi bank tempatan di Malaysia mungkin mengenakan yuran pemprosesan untuk pemindahan antarabangsa. Pastikan anda menyemak dengan bank anda mengenai caj ini agar anda tidak terkejut dengan sebarang yuran yang dikenakan.
6. Pemprosesan dan Masa Pengeluaran
Setelah permohonan pengeluaran dihantar, HFM akan memproses permintaan anda dalam tempoh 24 jam. Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan untuk dana sampai ke akaun bank anda mungkin mengambil masa antara 2 hingga 5 hari bekerja bergantung pada sistem perbankan tempatan anda dan waktu kerja bank.
7. Pantau Status Pengeluaran
Anda boleh menyemak status pengeluaran anda melalui tab ‘Sejarah Transaksi’ di dalam akaun HFM anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan pengeluaran anda seperti penolakan bank atau maklumat yang tidak lengkap, anda akan diberitahu melalui email atau pemberitahuan dalam akaun anda.
Bolehkah Permintaan Pengeluaran Dibatalkan?
Jika anda ingin membatalkan permintaan pengeluaran, anda boleh menghubungi ejen sokongan pelanggan HF Markets melalui Live Chat untuk bantuan segera. Namun, jika pengeluaran tersebut telah diproses oleh pihak pemproses pembayaran, pihak HF Markets mungkin tidak dapat membatalkan permintaan pengeluaran tersebut untuk anda.
Kesimpulan
Ini cara mengeluarkan wang anda dari akaun dagangan HF Markets ke akaun bank anda di Malaysia. Sila pastikan anda menggunakan kaedah pengeluaran yang betul, memasukkan maklumat yang tepat, dan mematuhi terma dan syarat HFM serta bank tempatan anda. Dengan cara ini, anda boleh menikmati keuntungan dagangan anda tanpa sebarang masalah.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tambahan atau memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi sokongan pelanggan HF Markets atau pihak bank anda untuk maklumat lanjut