Adakah anda bersedia untuk memulakan perjalanan perdagangan di dalam pasaran forex dengan HF Markets? Untuk mendapat akses penuh kepada pasaran forex, anda perlu buka akaun dagangan HF Markets terlebih dahulu. Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah mudah untuk mendaftar dan membuka akaun dagangan nyata dengan HF Markets, serta beberapa tips berguna untuk memulakan perjalanan perdagangan anda.
Langkah-Langkah Untuk Buka Akaun Dagangan Nyata Dengan HF Markets
Langkah 1
Klik butang “Buka Akaun HF Markets” di bawah untuk memulakan proses pendaftaran.
Langkah 2
Anda akan dibawa ke halaman seterusnya seperti dalam gambar di bawah. Pilih “Individu”, kemudian pilih negara, masukkan alamat email, dan cipta kata laluan anda. Seterusnya, klik “Daftar”.
Langkah 3
Semak email anda untuk pengesahan. Klik pautan yang disediakan dalam email untuk mengesahkan alamat email anda.
Langkah 4
Lengkapkan profile akaun anda dengan mengisi maklumat peribadi seperti nama, jantina, tarikh lahir, dan nombor telefon. Selepas semua maklumat diisi, tekan butang “Teruskan” untuk ke langkah seterusnya.
Langkah 5
Pilih jenis akaun dagangan nyata yang anda inginkan.
Langkah 6
Sahkan nombor telefon anda. Masukkan kod pengesahan yang dihantar melalui SMS, panggilan, atau WhatsApp, kemudian klik butang “Next”.
Langkah 7
Cipta kata laluan untuk akaun dagangan anda.
Langkah 8
Tahniah! Anda telah berjaya membuka akaun dagangan HF Markets. Anda kini boleh mendeposit dana ke akaun anda. Jika ingin melengkapkan pengesahan akaun, anda boleh memuat naik dokumen yang diperlukan.
Langkah 9
Untuk memuat naik dokumen pengesahan, klik bahagian “Verify Your Account”, kemudian muat naik dokumen pengenalan (Proof of Legal Existence (PLE)) diri dan bukti alamat kediaman (Proof of Address (POA)) anda.
Proof of Legal Existence (PLE)
Untuk mengaktifkan akaun dagangan anda, anda perlu memuat naik salinan imbasan bukti kewujudan undang-undang. Sila muat naik salah satu dokumen berikut dalam format PDF, JPG, atau PNG:
- Pasport sah
- Kad Pengenalan sah
- Lesen Memandu sah
Proof of Address (POA)
Anda juga perlu memuat naik salinan imbasan bukti alamat yang terkini (tidak melebihi 6 bulan). Sila muat naik salah satu dokumen berikut dalam format PDF, JPG, atau PNG:
- Bil Elektrik terkini
- Bil Gas terkini
- Bil Telefon terkini
- Penyata Bank / Bil Kad Kredit terkini
Tips Berguna
Semak Ciri-ciri Akaun
Sebelum memilih jenis akaun (trading accounts), pastikan anda memahami ciri-ciri dan kos yang terlibat. Ini akan membantu anda memilih akaun yang sesuai dengan gaya dan keperluan perdagangan anda.
Ketahui Terma dan Syarat
Baca dan fahami terma dan syarat HF Markets, termasuk syarat pengeluaran dan sebarang caj yang mungkin dikenakan.
Gunakan Akaun Demo
Jika anda baru dalam perdagangan forex, pertimbangkan untuk menggunakan akaun demo terlebih dahulu untuk berlatih dan membiasakan diri dengan platform perdagangan.
Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda boleh mendaftar dan memulakan perdagangan dengan HF Markets dengan mudah.