HF Markets, yang dahulunya dikenali sebagai HotForex, merupakan salah satu broker terkemuka di Malaysia. Mereka menawarkan beberapa bonus kepada para pedagang di Malaysia. Salah satu bonus yang menarik perhatian ialah Bonus Top-Up 20%, yang memberikan kelebihan tambahan kepada para pedagang untuk meningkatkan baki akaun dagangan mereka. Artikel ini akan menjelaskan secara terperinci tentang Bonus Top-Up 20%, termasuk syarat-syarat dan kelebihan yang boleh diperolehi dari bonus ini.
Apakah Itu Bonus Top-Up 20%?
Bonus Top-Up 20% adalah ganjaran yang ditawarkan kepada pelanggan HF Markets yang memenuhi syarat-syarat tertentu. Bonus ini memberikan tambahan 20% daripada jumlah deposit yang dimasukkan ke dalam akaun dagangan. Bonus ini bertujuan untuk membantu pedagang meningkatkan margin dagangan mereka dan memberikan mereka lebih banyak ruang untuk berdagang dengan risiko yang lebih rendah.
Sebagai contoh, jika seorang pedagang mendepositkan $100 ke dalam akaun dagangan mereka, mereka akan menerima tambahan $20 sebagai bonus. Oleh itu, pedagang akan mempunyai dana sebanyak $120 untuk berdagang forex.
Syarat dan Terma Bonus Top-Up 20%
Untuk menikmati Bonus Top-Up 20%, pelanggan perlu mematuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh HF Markets. Beberapa syarat utama termasuk:
Pelanggan yang Layak
Bonus ini hanya tersedia untuk pelanggan yang akaunnya telah disahkan sepenuhnya, termasuk pengesahan nombor telefon. Hanya pelanggan dengan akaun MT4 dan MT5 yang layak menerima bonus ini.
Penggunaan Bonus
Bonus ini boleh digunakan sebagai margin tambahan atau modal tambahan untuk trade forex. Ini bermaksud, bonus ini boleh membantu mengekalkan posisi dagangan yang mungkin mengalami kerugian sementara dan memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pedagang.
Tidak Boleh Dikeluarkan
Satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah bonus ini tidak boleh dikeluarkan. Walau bagaimanapun, sebarang keuntungan yang diperolehi daripada dagangan menggunakan bonus ini boleh dikeluarkan tanpa sebarang sekatan.
Pengurangan Bonus Apabila Pengeluaran Dibuat
Jika pedagang membuat pengeluaran dari akaun dagangan, sebahagian daripada bonus akan ditolak mengikut peratusan jumlah pengeluaran. Contohnya, jika pedagang mengeluarkan 30%, maka 30% daripada bonus juga akan ditolak.
Tempoh Bonus
Bonus ini akan terbatal jika tiada sebarang aktiviti (deposit, pengeluaran, atau dagangan) dalam tempoh 60 hari.
Bagaimana Untuk Menuntut Bonus Top-Up 20%
Untuk menuntut bonus ini, pelanggan perlu membuat deposit ke dalam akaun dagangan mereka. Bonus akan secara automatik ditambah ke dalam akaun mereka selepas deposit berjaya dibuat, selagi semua syarat kelayakan telah dipenuhi. Pelanggan juga perlu memastikan mereka tidak menyertai lebih daripada satu akaun bonus, kerana syarikat mempunyai hak untuk membatalkan bonus jika sebarang aktiviti manipulasi dikesan.
Kelebihan Bonus Top-Up 20%
Bonus Top-Up 20% memberikan beberapa kelebihan kepada para pedagang:
- Bonus dagangan tambahan 20% membolehkan pedagang meningkatkan saiz dagangan mereka tanpa perlu menggunakan wang mereka sepenuhnya.
- Bonus ini boleh digunakan untuk Stop Loss.
- Walaupun bonus itu sendiri tidak boleh dikeluarkan namun sebarang keuntungan yang dihasilkan daripada bonus ini boleh dikeluarka untuk membolehkan pedagang menikmati hasil dagangan mereka.
Kesimpulan
HF Markets hanya menawarkan sati bonus dagangan sahaja ketika artikel ini ditulis. Dengan syarat yang mudah dipatuhi, bonus ini bukan sahaja membantu dalam mengurangkan risiko tetapi juga memberikan peluang kepada pedagang menghasilkan keuntungan yang lebih besar. Namun, pedagang perlu sentiasa peka dengan syarat dan terma yang berkaitan agar mereka dapat memanfaatkan bonus ini sepenuhnya.