HF Markets Partner

HF Markets Group (dahulu dikenali sebagai HotForex) menawarkan program Introducing Broker (IB) yang membolehkan individu dan syarikat memperkenalkan pelanggan baru ke platform dagangan HF Markets dan menerima ganjaran berbentuk komisen.

Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tanpa perlu terlibat dalam dagangan secara langsung dengan hanya memperkenalkan pelanggan baru. Dalam artikel ini, kita akan melihat kelebihan dan bagaimana untuk menyertai program IB HF Markets Malaysia.

Apa Itu Introducing Broker (IB) di HF Markets?

Introducing Broker (IB) adalah seseorang individu atau syarikat yang memperkenalkan pedagang baru kepada broker, dalam kes ini, HF Markets. IB bertindak sebagai perantara yang membantu broker menarik pelanggan baru dan sebagai balasan IB akan menerima komisen berdasarkan volume dagangan yang dilakukan oleh pelanggan yang dirujuk. IB tidak perlu terlibat dalam proses dagangan, mereka hanya perlu memperkenalkan pelanggan baru dan membantu mereka membuka akaun dagangan.

Program IB HF Markets direka untuk memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai rangkaian pedagang yang luas, sama ada melalui forum, laman web, atau media sosial. Program ini menawarkan peluang pendapatan yang fleksibel dan berterusan, tanpa memerlukan pelaburan awal.

Komisen dan Ganjaran

HF Markets menawarkan struktur komisen yang kompetitif untuk IB mereka. Anda boleh menerima sehingga $30 USD per lot standard yang didagangkan oleh pelanggan yang dirujuk. Tiada had untuk jumlah komisen yang anda boleh diperolehi. Bermaksud, semakin banyak pelanggan anda berdagang, semakin tinggi pendapatan anda.

Selain itu, anda juga boleh menerima komisen tambahan daripada sub-IB di bawah rangkaian anda. Struktur komisen sub-IB ini menawarkan peluang untuk menjana pendapatan daripada usaha memperkenalkan rakan kongsi lain yang turut membawa pelanggan baru ke HF Markets​.

Siapa yang Patut Sertai Program IB HF Markets?

Program IB HF Markets adalah sesuai untuk:

  • Individu atau Syarikat dengan Rangkaian Forex yang Luas
    Jika anda sudah mempunyai rangkaian pelanggan atau komuniti yang berminat dengan dagangan forex, program IB ini adalah cara terbaik untuk menjana pendapatan tambahan.
  • Pendidik Forex atau Blogger
    Mereka yang terlibat dalam pendidikan forex, menulis blog, atau berkongsi pandangan tentang pasaran forex boleh memanfaatkan program ini untuk menawarkan perkhidmatan dagangan kepada pengikut mereka dan memperoleh komisen sebagai balasan.
  • Pengguna Media Sosial
    Pengguna aktif media sosial yang mempunyai pengikut besar juga boleh menjadi IB dan mempromosikan HF Markets melalui platform seperti Facebook, Instagram, TikTok atau YouTube.

Kelebihan Menjadi IB HF Markets

Pendapatan Global

Dengan program IB HF Markets, anda boleh memperkenalkan HF Markets kepada pelanggan dari mana-mana sahaja di dunia. HF Markets memberi ganjaran kepada IB berdasarkan volume dagangan pelanggan yang berjaya dirujuk tanpa had geografi.

Sokongan Lengkap

IB di HF Markets akan menerima sokongan yang penuh, termasuk alat dagangan, pengurus akaun peribadi, dan perkhidmatan pelanggan. Ini membolehkan IB memberi tumpuan penuh kepada pelanggan mereka sementara HF Markets menguruskan aspek pentadbiran dan teknikal.

Tanpa Masalah Urusan Pentadbiran

HF Markets menguruskan semua aspek pentadbiran, pelaksanaan dagangan, dan penyelesaian transaksi. Sebagai IB, anda hanya perlu memperkenalkan pelanggan dan menyerahkan segala urusan teknikal kepada HF Markets.

Cara Menjadi Introducing Broker HF Markets Malaysia

Pendaftaran

Untuk menjadi IB HF Markets, langkah pertama adalah mendaftar di laman web rasmi HF Markets. Anda akan diminta untuk melengkapkan borang pendaftaran dan memberikan maklumat peribadi yang diperlukan.

Dapatkan Special Link IB

Setelah pendaftaran disahkan, anda akan menerima pautan IB unik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan pelanggan baru. Pautan ini akan menjejak pelanggan yang dirujuk dan memastikan anda mendapat komisen daripada dagangan mereka.

Promosikan HF Markets

Anda boleh menggunakan alat pemasaran yang disediakan oleh HF Markets, seperti banner, landing page, dan bahan promosi lain untuk menarik lebih ramai pelanggan. Anda juga boleh menggunakan saluran peribadi seperti laman web, blog, atau media sosial untuk menarik lebih ramai individu membuka akaun dagangan.

Terima Komisen

Setiap kali pelanggan yang dirujuk membuat dagangan, anda akan menerima komisen berdasarkan volume dagangan mereka. Sistem komisen HF Markets membolehkan anda menerima pembayaran secara harian selama pelanggan yang mendaftar di bawah anda aktif berdagang.

Peranan dan Tanggungjawab Seorang Introducing Broker (IB)

Seorang Introducing Broker (IB) memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan antara broker seperti HF Markets dan pedagang yang berminat untuk memulakan dagangan. Walaupun program IB menawarkan peluang untuk menjana pendapatan pasif melalui komisen, peranan seorang IB bukan hanya sekadar merujuk pelanggan. Terdapat beberapa tanggungjawab penting yang perlu dipenuhi oleh IB untuk memastikan hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan pelanggan serta broker.

1. Menarik Pelanggan Baru

Tugas utama seorang IB adalah memperkenalkan HF Markets kepada pelanggan baru. Ini bermakna IB harus mempunyai strategi pemasaran yang kukuh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sama ada melalui blog, media sosial, laman web, atau jaringan peribadi. IB perlu mempromosikan kelebihan HF Markets sebagai broker yang terpercaya dan berdaya saing dalam industri forex. Untuk berjaya, IB mesti menyediakan maklumat yang jelas, jujur, dan telus kepada bakal pelanggan mengenai perkhidmatan dan produk HF Markets.

2. Memberikan Bimbingan kepada Pelanggan

Sebagai IB, tanggungjawab anda tidak berakhir selepas merujuk pelanggan. Anda juga perlu memberi bimbingan kepada mereka, terutamanya jika mereka baru dalam dunia perdagangan forex. IB yang berjaya sering bertindak sebagai penasihat kepada pelanggan, membantu mereka memahami cara menggunakan platform dagangan HF Markets, membuka akaun, serta memberi panduan mengenai strategi dagangan. Ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pelanggan, tetapi juga membantu mereka merasa lebih yakin untuk terus berdagang dengan HF Markets.

3. Menyediakan Sokongan Pelanggan

Selain memberi bimbingan, IB juga bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan kepada pelanggan yang dirujuk. Ini mungkin termasuk membantu mereka menyelesaikan sebarang masalah teknikal, menjawab soalan mengenai platform, atau membimbing mereka dalam proses pembukaan akaun. IB yang cemerlang biasanya akan membina hubungan yang baik dengan pelanggan mereka dan berfungsi sebagai saluran komunikasi antara pelanggan dan HF Markets sekiranya terdapat sebarang isu yang memerlukan perhatian lanjut.

4. Mengekalkan Hubungan yang Baik dengan HF Markets

Sebagai seorang IB, mengekalkan hubungan yang baik dengan HF Markets adalah penting. IB perlu memastikan bahawa mereka memahami dasar dan peraturan broker, serta sentiasa mematuhi peraturan ini. Ini termasuk memastikan pelanggan yang dirujuk memahami syarat-syarat dagangan dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang melanggar peraturan HF Markets. Hubungan yang baik antara IB dan broker akan memastikan kerjasama jangka panjang yang baik.

5. Memantau Aktiviti Pelanggan

IB juga bertanggungjawab untuk memantau aktiviti dagangan pelanggan yang dirujuk. Ini adalah penting kerana komisen yang diterima oleh IB bergantung kepada volume dagangan pelanggan. Dengan memantau aktiviti ini, IB dapat mengenal pasti pelanggan yang aktif berdagang dan memberikan sokongan tambahan kepada mereka jika perlu.

6. Mengikuti Perkembangan Industri Forex

Industri forex sentiasa berubah dengan perkembangan pasaran dan teknologi yang baru. Oleh itu, seorang IB yang berjaya perlu sentiasa mengikuti perkembangan terbaru dalam industri, termasuk perubahan peraturan, alat dagangan baru, atau strategi perdagangan yang terkini. Dengan sentiasa mendapat maklumat terkini, IB boleh memberikan nasihat yang sesuai kepada pelanggan mereka dan mengekalkan daya saing dalam pasaran.

Tips dan Strategi untuk Menjadi IB Berjaya

Jika anda ingin menjadi seorang IB yang berjaya, mungkin anda boleh ikut tips-tips di bawah ini:

1. Pilih Komuniti yang Betul

Fokus kepada komuniti pedagang yang sudah mempunyai minat dalam perdagangan forex. Ini mungkin melibatkan forum perdagangan, kumpulan (group) media sosial, atau rangkaian rakan sekerja yang berminat dalam pelaburan.

2. Bina Reputasi yang Baik

Sebagai IB, reputasi anda penting. Pastikan anda memberikan maklumat yang jujur dan tepat kepada individu yang berpotensi menjadi pelanggan anda. Ini bukan sahaja membantu anda menarik lebih ramai pelanggan tetapi juga membina hubungan jangka panjang yang berasaskan kepercayaan.

3. Gunakan Media Sosial dan Blog

Platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube adalah alat yang berkuasa untuk menarik minat pedagang baru. Anda boleh membuat kandungan pendidikan, video tutorial, atau ulasan broker untuk menarik perhatian mereka. Selain itu, membina blog atau laman web yang membincangkan strategi perdagangan dan peluang dalam forex juga boleh meningkatkan kredibiliti anda sebagai IB.

4. Berikan Nilai Tambahan

Tawarkan perkhidmatan tambahan seperti bimbingan atau sesi pembelajaran untuk pelanggan yang anda rujuk. Ini bukan sahaja meningkatkan kesetiaan pelanggan tetapi juga memberikan mereka alasan untuk terus berdagang melalui HF Markets.

Tips Memilih Broker yang Baik untuk Menjadi Introducing Broker (IB)

Memilih broker yang tepat merupakan langkah pertama dan paling penting jika anda ingin menjadi Introducing Broker (IB) yang berjaya. Broker yang baik bukan sahaja memberikan komisen yang lumayan, tetapi juga menyediakan sokongan yang kuat untuk membantu anda menarik dan mengekalkan pelanggan. Berikut adalah beberapa tips penting untuk memilih broker yang sesuai untuk anda sebagai IB:

1. Reputasi dan Kredibiliti Broker

Pastikan broker yang anda pilih mempunyai reputasi yang kukuh dan diiktiraf secara global. Broker yang mempunyai lesen dari badan pengawalseliaan kewangan yang berwibawa seperti CySEC, FCA, atau ASIC menandakan mereka mematuhi standard operasi yang tinggi. Broker yang trusted akan lebih mudah untuk dipromosikan kerana pelanggan akan berasa lebih yakin dan selamat untuk berdagang. HF Markets, sebagai contoh, adalah broker yang dikawal selia oleh pelbagai badan pengawalseliaan antarabangsa dan dikenali di seluruh dunia.

2. Struktur Komisen yang Menguntungkan

Salah satu faktor utama bagi IB adalah struktur komisen yang ditawarkan oleh broker. Semak bagaimana komisen IB dikira, termasuk kadar per lot, jenis akaun yang layak untuk komisen, dan sama ada terdapat had komisen. Pilih broker yang menawarkan komisen tinggi dan adil tanpa sekatan yang tidak munasabah. Contohnya, HF Markets menawarkan komisen sehingga $30 per lot dagangan, yang merupakan salah satu kadar tertinggi dalam industri.

3. Sokongan Alat Pemasaran

Broker yang baik akan menyediakan pelbagai alat pemasaran untuk membantu IB menarik lebih banyak pelanggan. Ini termasuk bahan promosi seperti banner, landing page dan pautan rujukan yang mudah digunakan. Alat ini sangat penting untuk menjalankan kempen pemasaran yang berkesan dan menarik minat pedagang baru.

4. Pelbagai Jenis Akaun dan Produk Dagangan

Broker yang menawarkan pelbagai jenis akaun dan produk dagangan atau financial instruments memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang dirujuk oleh IB. Sebagai contoh, HF Markets menyediakan pelbagai jenis akaun seperti Akaun Cent, Zero, Pro, dan Premium yang memenuhi keperluan pedagang dari pelbagai latar belakang. Lebih banyak pilihan akaun, lebih mudah bagi IB untuk menyesuaikan tawaran mereka kepada keperluan pelanggan yang berbeza.

5. Sokongan Pelanggan yang Responsif

Sebagai IB, anda perlu memastikan bahawa broker yang anda pilih mempunyai perkhidmatan sokongan pelanggan yang responsif dan cekap. Ini penting untuk membantu pelanggan menyelesaikan sebarang isu teknikal atau pertanyaan yang mungkin timbul semasa berdagang. Broker yang menawarkan sokongan pelanggan 24/7 dalam pelbagai bahasa, termasuk bahasa tempatan seperti Melayu, akan memudahkan urusan pelanggan anda dan memberikan anda lebih banyak keyakinan untuk mempromosikan broker tersebut.

6. Kemudahan Pengeluaran Komisen

Kemudahan pengeluaran komisen adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Pastikan broker yang anda pilih menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang selamat dan pantas, termasuk pemindahan bank tempatan dan e-dompet. Broker yang menyediakan pengeluaran komisen dengan cepat dan tanpa sebarang masalah teknikal adalah pilihan terbaik bagi IB.

7. Program Rujukan Dua Peringkat

Banyak broker menawarkan program rujukan dua peringkat, yang bermaksud anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan merujuk IB lain. Program ini adalah peluang besar untuk meningkatkan potensi pendapatan anda dengan memperluaskan rangkaian IB di bawah anda. HF Markets, sebagai contoh, mempunyai program rujukan dua peringkat yang membolehkan anda menerima komisen daripada aktiviti IB yang anda rujuk.

8. Pendidikan dan Latihan untuk IB

Sokongan dalam bentuk pendidikan dan latihan adalah satu lagi ciri penting yang perlu dicari dalam broker. Broker yang baik akan menyediakan webinar, panduan, dan bahan pembelajaran yang membantu IB memahami lebih baik strategi pemasaran dan cara untuk berjaya dalam program IB. Latihan ini juga boleh merangkumi teknik dagangan, strategi pemasaran, dan penggunaan alat pemasaran yang disediakan oleh broker.

9. Kebolehpercayaan Teknologi dan Platform Dagangan

Platform dagangan yang stabil dan mudah digunakan adalah penting untuk pelanggan yang dirujuk oleh IB. Oleh itu, pilih broker yang menawarkan platform dagangan yang terkenal seperti MetaTrader 4 atau MetaTrader 5, yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang diperlukan oleh pedagang. Broker yang menyediakan akses kepada teknologi terkini dan pelaksanaan pesanan yang pantas akan lebih mudah untuk dipromosikan kepada pedagang baru.

Kesimpulan

Program Introducing Broker (IB) HF Markets di Malaysia menawarkan peluang yang lumayan untuk menjana pendapatan tanpa perlu terlibat dalam dagangan secara langsung. Dengan komisen yang tinggi, sokongan pelanggan yang tersedia, dan sistem pembayaran yang pelbagai, menjadi IB HF Markets adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai rangkaian pedagang yang besar atau yang aktif di media sosial.

Jika anda berminat, anda boleh mendaftar sekarang dan mula menjana pendapatan dengan memperkenalkan pelanggan baru kepada HF Markets.