HFM Account Types: Akaun Dagangan Yang Di Tawarkan Oleh HF Markets

Untuk mula berdagang forex dengan HF Markets, langkah pertama yang perlu anda ambil ialah membuka akaun dagangan sebenar.

Tanpa akaun dagangan, anda tidak akan dapat mengakses platform perdagangan dan instrumen yang disediakan. Oleh itu, HF Markets menawarkan pelbagai jenis akaun dagangan yang direka untuk memenuhi keperluan setiap pedagang.

Dengan pilihan akaun seperti Akaun Cent, Akaun Zero, Akaun Pro, Akaun Premium, dan Akaun Top-up Bonus, HF Markets memberi peluang kepada pedagang untuk memilih akaun yang sesuai dengan strategi, modal, dan objektif dagangan mereka.

Dalam artikel ini, kita akan menyelidiki ciri-ciri utama setiap akaun dagangan yang ditawarkan oleh HF Markets Malaysia.

Akaun Dagangan (trading accounts) Yang Disediakan Oleh HF Markets

Akaun Cent

Akaun Cent adalah pilihan yang sesuai untuk pedagang baru yang ingin menguji kemahiran mereka dalam persekitaran pasaran sebenar tanpa mengambil risiko terlalu besar.

Akaun ini menggunakan lot cent, di mana 1 lot cent bersamaan dengan 0.01 daripada lot standard atau 1,000 unit.

Ini bermaksud keperluan margin bagi akaun dagangan ini adalah serendah 10 sen AS (Amerika Syarikat) dan menjadikannya akaun ini pilihan terbaik untuk untuk pemula.

Akaun Cent juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang baru berpindah dari akaun demo ke akaun dagangan nyata.

Pedagang yang berpengalaman juga boleh menggunakan Akaun Cent untuk mencuba instrumen dagangan baharu atau mengembangkan strategi mereka dengan risiko yang lebih rendah.

Akaun ini bebas swap yang bermaksud tiada bayaran faedah dikenakan pada position atau kedudukan yang dibuka semalaman.

Platform DaganganMetaTrader 4, MetaTrader 5, Webtrader dan Dagangan Mudah Alih
SpreadDaripada 1.2 pip
Saiz Kontrak1 lot = 1000 unit
Alatan DaganganForex, Gold
Titik perpuluhan kelimaYa
Leverage Maksimum1:2000
PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
Deposit pembukaan Minimum$0
Saiz Dagangan Minimum0.01 Lot
Posisi bukaan maksimumLot Sen setiap kedudukan / 1000 jumlah akaun Lot Sen
Maksimum Pesanan Terbuka Serentak150
Panggilan Margin/Stop out level50%/20%
Dagangan TelefonYa
Akaun Mata WangUSC
Pengurus Akaun PeribadiYa
KomisenTidak
Bebas Swap Ya
Tawaran Bonus FleksibelTidak

Akaun Zero

Akaun Zero direka khas untuk pedagang yang mencari kos dagangan yang rendah dengan spread ketat (tight spread) dan tanpa markup tersembunyi.

Akaun Zero menyediakan akses langsung ke pasaran tanpa sebarang gangguan dengan spread serendah 0 pip (zero spread) untuk dagangan forex dan komisen bermula dari $0.03 per 1k lot.

Akaun ini sesuai untuk semua pedagang termasuk mereka yang baru mula trade forex kerana tiada deposit minimum yang diperlukan dan boleh menggunakan leverage sehingga 1:2000.

Ciri utama Akaun Zero adalah ia memberikan anda akses kepada spread mentah (RAW) daripada penyedia kecairan utama yang menawarkan ketelusan dalam kos dagangan.

Platform DaganganMetaTrader 4, MetaTrader 5, Webtrader dan Dagangan Mudah Alih
SpreadDaripada 0 pada Forex
Saiz Kontrak1 lot = 100 000 unit
Alatan DaganganSemua Tersedia
Titik perpuluhan kelimaYa
Leverage Maksimum1:2000
PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
Deposit pembukaan Minimum$0/ €0
Saiz Dagangan Minimum0.01 LOT (1,000 units of base currency)
Kenaikan Saiz Dagangan0.01
Posisi bukaan maksimum60 Lot standard setiap posisi
Maksimum Pesanan Terbuka Serentak500
Panggilan Margin/Stop out level50%/20%
Dagangan TelefonYa
Akaun Mata WangUSD, EUR
Pengurus Akaun PeribadiYa
KomisenYa
Bebas Swap Ya
Tawaran Bonus FleksibelTidak

Akaun Pro

Akaun Pro dicipta khas untuk pedagang yang lebih berpengalaman. Akaun ini menawarkan spread serendah 0.6 pip serta leverage maksimum sehingga 1:2000 dan tanpa komisen. Seperti Akaun Zero, Akaun Pro juga bebas swap.

Oleh itu, pedagang tidak akan dikenakan caj sekirang mereka ingin mengekalkan posisi terbuka untuk jangka masa yang lebih lama.

Akaun Pro sesuai untuk pedagang yang ingin berdagang dengan saiz yang lebih besar di mana had saiz dagangan maksimum bagi akaun ini adalah 60 lot standard per posisi.

Dengan ciri-ciri seperti ini, Akaun Pro membolehkan pedagang mengakses pasaran dengan kos dagangan yang lebih rendah.

Platform DaganganMetaTrader 4, MetaTrader 5, Webtrader dan Dagangan Mudah Alih
SpreadDaripada 0.6 pip
Saiz Kontrak1 lot = 100 000 unit
Alatan DaganganSemua Tersedia
Titik perpuluhan kelimaYa
Leverage Maksimum1:2000
PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
Deposit pembukaan Minimum$100/ €100
Saiz Dagangan Minimum0.01 Lot
Kenaikan Saiz Dagangan0.01
Posisi bukaan maksimum60 Lot standard setiap posisi
Maksimum Pesanan Terbuka Serentak500
Panggilan Margin/Stop out level50%/20%
Dagangan TelefonYa
Akaun Mata WangUSD, EUR
Pengurus Akaun PeribadiYa
KomisenTidak
Bebas Swap Ya

Akaun Premium

Akaun Premium menawarkan kemudahan dagangan swap-free tanpa sebarang komisen. Akaun ini sangat sesuai untuk pedagang runcit (retail trader) yang mencari cara dagangan yang mudah dan telus.

Akaun Premium adalah pilihan yang tepat untuk pedagang yang ingin berdagang dengan pelbagai instrumen dalam satu akaun.

Akaun Premium tidak memerlukan deposit minimum. Ini memberikan fleksibiliti kepada pedagang untuk mula berdagang dengan modal yang kecil.

Akaun Premium menawarkan peluang untuk memperdagangkan saiz lot yang lebih besar dengan leverage maksimum sehingga 1:2000.

Platform DaganganMetaTrader 4, MetaTrader 5, Webtrader, Dagangan Mudah Alih dan Platform HFM
SpreadDaripada 1.2 pip
Saiz Kontrak1 lot = 100 000 unit
Alatan DaganganSemua Tersedia
Titik perpuluhan kelimaYa
Leverage Maksimum1:2000
PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
Deposit pembukaan Minimum$0/ €0
Saiz Dagangan Minimum0.01 Lot
Kenaikan Saiz Dagangan0.01
Posisi bukaan maksimum60 Lot standard setiap posisi
Maksimum Pesanan Terbuka Serentak500
Panggilan Margin/Stop out level50%/20%
Dagangan TelefonYa
Akaun Mata WangUSD, EUR
Pengurus Akaun PeribadiYa
KomisenTidak
Bebas Swap Ya
Tawaran Bonus FleksibelTidak

Akaun Top-up Bonus

Akaun Top-up Bonus menawarkan peluang kepada pedagang untuk meningkatkan kuasa dagangan mereka dengan bonus dagangan setiap kali mereka melakukan deposit (tertakluk terma dan syarat).

Akaun ini spread yang rendah dan leverage sehingga 1:1000. Akaun Top-up Bonus ini sesuai untuk pedagang yang ingin memaksimumkan peluang keuntungan mereka sambil menikmati bonus tambahan untuk setiap deposit.

Akaun ini juga sesuai untuk pedagang yang mencari pelaksanaan yang pantas dan kos dagangan yang rendah.

Akaun Top-up Bonus membolehkan pedagang memperluas strategi dagangan mereka sambil menikmati bonus tambahan kerana ia memberikan akses kepada semua instrumen dagangan yang ditawarkan oleh HF Markets.

Platform DaganganMetaTrader 4, MetaTrader 5, Webtrader, Dagangan Mudah Alih dan Platform HFM
SpreadDaripada 1.4 pip
Saiz Kontrak1 lot = 100 000 unit
Alatan DaganganSemua Tersedia
Titik perpuluhan kelimaYa
Leverage Maksimum1:1000
PelaksanaanPelaksanaan Pasaran
Deposit pembukaan Minimum$0/ €0
Saiz Dagangan Minimum0.01 Lot
Kenaikan Saiz Dagangan0.01
Posisi bukaan maksimum60 Lot standard setiap posisi
Maksimum Pesanan Terbuka Serentak500
Panggilan Margin/Stop out level50%/20%
Dagangan TelefonTidak
Akaun Mata WangUSD, EUR
Pengurus Akaun PeribadiYa
KomisenTidak
Tawaran Bonus FleksibelYa

Tips Memilih Akaun Dagangan HF Markets

Memilih jenis akaun dagangan yang sesuai adalah langkah penting dalam meraih kejayaan dalam perdagangan forex. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih akaun dagangan HF Markets yang paling sesuai dengan keperluan dan matlamat perdagangan anda:

Kenali Keperluan dan Matlamat Dagangan Anda

Sebelum memilih akaun, pertimbangkan apakah anda seorang pemula yang ingin memulakan dagangan dengan risiko rendah atau seorang pedagang berpengalaman yang mencari kos dagangan yang rendah dengan spread ketat. Menentukan keperluan dan matlamat anda akan membantu anda memilih jenis akaun yang paling sesuai.

Pertimbangkan Modal Permulaan Anda

Jika anda baru memulakan perdagangan atau mempunyai modal yang terhad, Akaun Cent atau Akaun Premium yang tidak memerlukan deposit minimum mungkin merupakan pilihan yang baik untuk anda. Akaun ini membolehkan anda memulakan perdagangan dengan modal yang kecil dan menguji strategi anda tanpa risiko besar.

Fahami Kos Dagangan

Perhatikan struktur spread dan komisen untuk setiap jenis akaun. Akaun Zero menawarkan spread yang sangat ketat dengan komisen tambahan, sementara Akaun Pro menawarkan spread yang rendah tanpa komisen. Pilih akaun yang menawarkan struktur kos yang sesuai dengan strategi dagangan anda.

Apakah perbezaan antara Akaun Cent dan Akaun Zero?

Akaun Cent menggunakan lot cent dan memerlukan margin yang lebih rendah yang menjadikannya akaun ini sesuai untuk pemula. Akaun Zero pula menawarkan spread yang lebih ketat dan komisen tambahan yang sesuai untuk pedagang yang mencari kos dagangan yang lebih rendah dan lebih telus.

Bagaimana Membuka Akaun Dagangan HF Markets

Jika anda berminat untuk membuka akaun dagangan sebentar HF Markets, anda boleh klik butang “Buka Akaun” di bawah ini. Untuk panduan buka akaun, anda boleh rujuk di sini.

Kesimpulan

HF Markets menyediakan pelbagai jenis akaun dagangan yang memenuhi keperluan pelbagai jenis pedagang. Dari Akaun Cent yang direka khas untuk trader baru hingga Akaun Pro dan Akaun Premium yang direka khas untuk pedagang yang lebih berpengalaman.

Setiap akaun dagangan ini menawarkan ciri-ciri yang unik yang boleh membantu pedagang mencapai matlamat dagangan mereka. Pemilihan akaun yang tepat bergantung kepada gaya dagangan, strategi, dan tahap pengalaman anda.